Alhamdulillah, pagi tadi jemaah Malaysia dari Yanbu telah bergerak ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Sebanyak 3 buah bas telah digunakan untuk membawa seramai 74 bakal haji dari Yanbu ke Mekah. InsyaAllah, semoga mereka semua memperolehi Haji Mabrur. Jutaan terima kasih diucapkan buat Hj. Ghaz yang telah bersusah-payah dalam mengurus dan menyelaraskan perjalanan Haji buat warga Malaysia di Yanbu. Terima kasih daun keladi, tahun depan jangan serik untuk membantu komuniti Malaysia di Yanbu.
[Sila ke Photo Gallery untuk Album Haji 1430]
JEMAAH LELAKI - HAJJ 1430

JEMAAH WANITA - HAJJ 1430










