Satu kemalangan melibatkan pasangan warga Malaysia (Yansab) berdekatan dengan Musajyd (arah Yanbu-Madinah). Difahamkan kemalangan berlaku semasa hujan lebat dan punca kemalangan tersebut disebabkan oleh terdapatnya air di lebuh raya tersebut. Dipercayai arus air telah menolak kereta tersebut sehingga terbabas. Alhamdulillah, kedua-duanya selamat - cuma mengalami kecederaan ringan. Setakat berita ini ditulis, isteri kepada pemandu masih berada di wad Hospital Badr.









